Islam Agama ku

Sesungguhnya kejayaan manusia dan jin di alam ini hanya terletak pada agama Allah, sejauh mana kita taat perintahNYa dan meninggalkan laranganNya ikut cara yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Sunday, December 14, 2008

Prinsip hidup

  • Prinsip hidup merupakan pegangan seseorang yang menentukan sama ada seseorang dapat mencapai matlamat atau tujuan kehidupan ini. Sama ada ia bejaya mencapai matlamat it bergantung kepada prinsip atau pegangan hidupnya itu. Hal ini merupakan perkara asas yang paling penting bagi seseorang untuk menetapkan ia pada landasan yang betul dan tidak terumbang ambing seperti daun yang dipukul atau dibawa arus.

  • Orang yang tidak mepunyai prinsip hidup kehidupan pastilah tidak akan mencapai matlamat atau tujuan kehidupannya dan pastiah ia akan gagal. Banyak manusia yang tidak berprinsip walaupun ia menemui matlamat yang tinggi, akhirnya menemui kegagalan dan kekecewaan.

  • Untuk berjaya, pastilah kita seharusnya melihat kepada mereka yang telah berjaya. Seseorang yang ingin menjadi doktor yang berjaya, akan melihat dan mencontohi doktor yang telah berjaya dan mencapai matlamat mereka. Oleh itu, untuk berjaya dunia dan akhirat kita kenalah melihat orang yang telah berjaya di dunia dan akhirat juga.

  • Imam Malik Rah. berkata "Umat ini tidak dapat diperbaiki melainkan mereka diperbaiki sebagaimana para sahabat dahulu diperbaiki(diislahkan).

  • Para ulama yang telah mengorbankan seluruh kehidupan mereka dalam usaha agama yang suci murni ini telah meumuskan bahawa para sahabat Nabi Muhammad saw mempunyai enam perkara asas yang menjadikan mereka mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Enam perkara ini buknlah keseluruhan agama tetapi ia adalah perkara asas yang apabila seseorang dapat mengamalkannya, maka mudahlah baginya untuk mengamalkan keseluruhan agama.InsyaAllah.